Page 85 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 85
4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.
4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam
sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep :
“MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.
5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan
Sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Perbincangan dengan Ibubapa/penjaga murid bermasalah.
6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.
6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti
kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah Juvana
6.2.3 Pertolongan Cemas
6.2.4 Penyalahgunaan Dadah.
6.2.5 Sentuhan Tidak Selamat
6.2.6 Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah
7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.
7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
74

