Page 87 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 87

RKN/RKD,  SMKA  dan  SABK.  Guru  kelas  tahun  6  akan  mengisi  secara  online  dalam  sistem
               APDM Permohonan murid ke RKN/RKD dan SMKA.



               9.      Sesi Kaunseling dan Program Ziarah Cakna

               Guru kaunseling menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-
               murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.
               Program  ziarah  cakna  adalah  salah  satu  program  bagi  mengesan  murid  cicir  dan  masalah
               ponteng sekolah.


               10.     Program Ceramah Keselamatan Bersama Pihak Berkuasa

               Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis & BOMBA bagi
               menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
               keselamatan  dan  pameran-pameran  dijalankan bagi  memberikan  pendedahan  kepada murid-
               murid tentang keselamatan diri masing-masing.


               11.     Program bersama Klinik Kesihatan

               Program  ini  dijalankan  pada  setiap  tahun.  Pelbagai  aktiviti  dijalankan  seperti  ceramah
               kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi.

































                                                            76
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92