Page 20 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 20

Susulan daripada itu, Jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji syor dan cadangan

             yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold. Jawatankuasa ini dikenali sebagai

             Jawatankuasa                     Antara            Kerajaan              atau          Inter-Governmental                         Committee                  (IGC).


             Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil dari Kerajaan British, Persekutuan Tanah

             Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Ogos

             1962 dipertanggungjawabkan merangka perlembagaan dan bentuk jaminan yang

             diperlukan Borneo Utara dan Sarawak. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord

             Landsowne, Menteri Hal Ehwal Tanah Jajahan British; manakala Tun Abdul Razak,

             Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu menjadi Timbalan Pengerusi.

             Tun Abdul Razak juga bertindak sebagai wakil Persekutuan Tanah Melayu Bersama


             Encik Abdul Aziz Ishak. Wilayah Sarawak pula diwakili oleh lima (5) orang Pegawai

             Inggeris dan lima (5) orang Ketua Tempatan termasuklah Abang Haji Mustapha dan

             Temenggung Jugah anak Barieng. Wakil dari Borneo Utara pula terdiri daripada

             tujuh (7) orang yang diketuai oleh Encik Donald Stephans.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25