Page 7 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 7

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021






               SEKAPUR SIREH
               PENGETUA SM IMTIAZ YT BESUT


               Bismillahirrahmanirrahim
               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

               Alhamdulillah, dan syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala
               rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izin- Nya, kita dapat
               lagi  meneruskan  tanggungjawab  yang  diamanahkan  kepada  kita
               sebagai  pendidik  di  SM  Imtiaz  YT  Besut.  Syabas  dan  setinggi-tinggi
               tahniah  serta  jutaan  terima  kasih  kepada  Ahli  Jawatankuasa
               Pengurusan  Sekolah  SM  Imtiaz  YT  Besut  kerana  telah  berjaya
               menyiapkan  Buku  Pengurusan  Sekolah  untuk  tahun  2021.  Buku
               pengurusan sekolah ini diterbitkan setiap tahun oleh AJK Pengurusan
               sekolah untuk dijadikan rujukan dan garis panduan kepada guru-guru
               untuk  mengetahui  senarai  tugas  dan  melaksanakan  tugas  yang
               diamanahkan dengan berkesan. Insya-Allah.

               Kita  yang  berkhidmat  sebagai  warga  pendidik  perlu  berpegang
               kepada  prinsip  kerja  berpasukan  (team  work)  dan  berkolaborasi
               antara satu sama lain sama ada di peringkat panitia, bidang, sekolah,
               daerah,  negeri  mahupun  di  peringkat  kebangsaan.  Pendidikan
               menjadi  peneraju  dalam  membangunkan  modal  insan  yang
               berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Situasi ini
               telah menuntut warga pendidik lebih prihatin dan mempunyai daya
               juang yang tinggi dalam mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan
               oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia.  Tidak  ada  kepuasan  yang
               terulung  selain  melihat  anak-anak  bangsa  yang  kita  didik  berjaya
               dalam  semua  aspek:  cemerlang  dalam  akademik,  di  samping
               gemilang  sahsiah  dan  budi  pekertinya  ke  arah  menjadi  insan  yang
               terbilang.  Saya  amat  yakin  guru-guru  dan  kakitangan  di  sekolah  ini
               berupaya  untuk  merealisasikan  harapan  Kementerian  Pelajaran
               Malaysia dan sekolah ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.

               Oleh  itu,  marilah  kita  bekerja  dengan  seikhlas  hati  tanpa
               mengharapkan  apa-apa  balasan  kerana  segala  keikhlasan  dan
               pengorbanan  kita  dilihat  dan  dinilai  oleh-Nya.  Sesungguhnya,  guru-
               guru SM Imtiaz YT Besut berkudrat dan boleh membuktikan bahawa kita
               mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh
               bangsa  dan  negara.  Marilah  sama-sama  kita  berazam  dan
               merealisasikan wawasan negara sepenuhnya.

               Sekian, terima kasih. Wassalam.


                AHMAD ZAKI BIN MOHAMAD
                PENGETUA
                SM IMTIAZ YT BESUT










                                                                                                         | iv
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12