Page 9 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 9

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021


                                                  SEJARAH IMTIAZ

                   Dalam  Bahasa  Arab, ‘imtiaz’  adalah  bermaksud  Kecemerlangan.  Penubuhan  Sekolah  Menengah
            ‘imtiaz’ adalah hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi (pada ketika itu adalah
            Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan) pada 31 Mei 1996. Ianya merupakan kesinambungan daripada
            program  ‘Pintar  Quran’  (Quranic  Excellence)  yang  telah  dijalankan  di  Besut,  Terengganu.  Satu  sesi
            percambahan fikiran seterusnya telah diadakan di Hyatt Regency Saujana Hotel, Subang pada 23 November
            1996 yang telah dihadiri oleh ahli-ahli akademik, guru-guru agama dan ahli-ahli profesional.

                   Sehubungan dengan itu pada tahun 1996 Dato’ Seri Idris bin Jusoh telah mencadangkan penubuhan
            sekolah ini kepada pihak MARA (MRSM). Sesi ‘Brainstorming’ dengan Professional (Ahli Akademik) diadakan dan
            lawatan ke luar negara iaitu United Kingdom, Dubai dan Kanada juga dilakukan untuk merealisasikan cita-cita
            murni ini.

                    Pada tahun 1997 hingga 1998 beliau telah mencari kawasan (tapak), guru-guru yang berminat dan
            sumber  kewangan  untuk  menubuhkan  sekolah  ini.  ‘imtiaz’–  School  Of  Excellence mula  beroperasi  pada  9
            Januari 1999 dengan kemasukan 7 orang pelajar.

                    Matlamat  utama  penubuhan  ‘imtiaz’  adalah  untuk  menjadi  sebuah  Sekolah  Agama  Bestari  yang
            mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang agama dan akademik, tetapi juga
            menguasai  bidang  Sains,  Matematik,  ICT,  Kemahiran  Bersosialisasi  serta  Kepimpinan.  ‘imtiaz’  –  School  of
            Excellence juga sebuah sekolah swasta yang berdaftar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah
            Peraturan-Peraturan Pendididikan (Institusi Pendidikan) 1997 No. Perakuan Pendaftaran T2B 0062.

                   Penekanan  diberikan  kepada  hafazan  Al-Quran,  penguasaan  Bahasa  Melayu,  Arab,  Inggeris,
            Mandarin  dan  pendedahan  kepada  Sains  dan  Teknologi  serta  penggunaan  kaedah  pembelajaran  ‘Super
            Learning’    yang  akan  melahirkan  pelajar-pelajar  ‘Soleh  Pintar’  yang  cemerlang  dalam  semua  bidang  dan
            mempunyai peribadi muslim yang unggul.

                    Penggabungan  sistem  pembelajaran  berfokuskan  Al-Quran,  Pembangunan  Sahsiah  dan  Kurikulum
            Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang terdapat di  ‘imtiaz’ menjadikan ianya sebagai satu-satunya Sekolah
            Agama Pintar (Religous Smart School) yang ulung di negara ini. Dalam konteks ini penekanan juga diberikan
            kepada:

                   •       Hafazan Al-Quran
                   •       Penguasaan Bahasa-Bahasa Asing
                   •       Sains dan Teknologi (ICT)

                    Di samping itu juga pihak pengurusan ‘imtiaz’  telah mengadakan lawatan ke Maahad  Al Zaytun,
            Haurgeulis, Indramayu Indonesia pada tahun 2000 dan Islamic College di Cape Town, Afrika Selatan pada
            tahun 2001 sebagai satu tinjauan awal untuk memperkemaskan lagi sistem ‘imtiaz’.

                    Pada tahun 2002, sekolah ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama ‘imtiaz’ mengikut
            kaedah-kaedah pendaftaran dan kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 – Jabatan Hal Ehwal Agama
            Terengganu,  bagi menjalankan kurikulum agama dan hafazan Al-Quran.

                    Manakala pada tahun 2003,‘imtiaz’ telah didaftarkan sebagai sebuah sekolah swasta dan diuruskan
            oleh Yayasan Ehsan – No. Syarikat 302781 - x – bagi menawarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
            (KBSM). Pada tahun 2004, pengurusan ‘imtiaz’  telah diserahkan secara rasminya kepada Yayasan Terengganu.

                    Pada tahun 2006, sekolah ini telah diuruselia  oleh Integrity Icon Sendirian Berhad, anak syarikat Yayasan
            Terengganu dan diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh kerajaan Negeri Terengganu  .  Akhirnya, pada
            tahun 2007, ‘imtiaz’  didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan
            Kementerian  Pelajaran  Malaysia  dan  ‘Imtiaz’  telah  melakar  sejarah  sebagai  SABK  pertama  yang  berjaya
            mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) (Kohort 2) pada tahun 2010.











                                                                                                          | 1
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14