Page 11 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 11
AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021
Visi
Menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia yang mampu melahirkan generasi Ulul Albab Bercirikan Quranik,
Ensaiklopedik dan Ijtihadik
Misi
Menjadikan Al-Quran sebagai teras utama pembelajaran dalam mendidik pelajar supaya mampu menguasai
pelbagai disiplin ilmu, bahasa dan kemahiran dan menyediakan prasarana pendidikan dan iklim pembelajaran
yang kondusif
Moto
‘Generasi Ulul Albab Mencipta Zaman’
FALSAFAH ‘imtiaz’
i › Itqan (Kesungguhan)
m › Mahabbah (Kasih Sayang)
t › Taqwa (Taat Kepada Allah)
i › Istiqamah (Berterusan)
a › Akhlak (Budi Pekerti Mulia)
z › Zaamah (Kepimpinan)
PIAGAM PELANGGAN
Dengan penuh iltizam, kami komited akan menumpukan sepenuh jiwa dan keyakinan untuk :
• Menyediakan dan melaksanakan pendidikan yang terbaik bersumberkan Al-Quran secara
holistik
• Berlandaskan budaya ilmu yang tulen dan sekata bagi memenuhi kehendak individu,
masyarakat dan negara
• Menghasilkan individu yang cemerlang dan seimbang dalam semua bidang selari dengan
falsafah pendidikan kebangsaan
• Memberi perkhidmatan yang adil dan saksama
• Prihatin, sopan santun, berpersonaliti dan berkualiti tinggi
• Memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi
SISTEM AKADEMIK
Sistem akademik di ‘imtiaz’ adalah bercorak moden dan konvensional selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penggal persekolahan serta sistem kurikulum adalah mengikut sistem Kementerian
Pelajaran Malaysia. Hari belajar adalah 5 hari seminggu dan waktu akademik bermula dari 7.40 pagi hingga
4.30 petang seperti berikut:
| 3
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

