Page 10 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 10

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021







                                         FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

            Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah  memperkembangkan  lagi  potensi  individu
            secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
            rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
            melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
            dan  berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan  diri,  serta  memberi  sumbangan  terhadap  keharmonian  dan
            kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
                               VISI & MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

                                                           Visi
                                      Pendidikan berkualiti insan terdidik Negara sejahtera

                                                           Misi
                        Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
                                                 memenuhi aspirasi negara

                                               KURIKULUM KEBANGSAAN


            .. suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
            pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
            perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
            menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
            Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]


                                 ETIKA PERKHIDMATAN AWAM-TERAS PERKHIDMATAN

            - Berazam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan.
            - Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab.
            - Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri.
            - Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah Dan Kemesraan.
            - Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat Dan Pembangunan Negara
            - Bekerja Dalam Membanteras Kelemahan Dan Musuh Negara.
            - Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama.
            - Menghargai Masa (The Value of Time
            - Ketekunan Membawa Kejayaan (Preserverance).
            - Keseronokan Bekerja (Joys Of Working)
            - Kemuliaan Kesederhanaan
            - Ketinggian Peribadi (Personaliti)
            - Kekuatan Sifat Baik Hati (Sincerity)
            - Kewajipan Menjalankan Tugas.
            - Kebijaksanaan Berhemat.
            - Pengaruh Teladan. (Example)
            - Keutamaan Kesabaran
            - Peningkatan Bakat. (Talents)
            - Nikmat Mencipta (Originating)











                                                                                                          | 2
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15