Page 70 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 70

AL-MURABBI |MANUAL PENGURUSAN 2021

                   11.1   Unit  Penilaian  &  Peperiksaan  diberi  tanggungjawab  menguruskan  semua  bentuk
                          pentaksiran iaitu Peperiksaan Awam, Peperiksaan Dalaman, Pentaksiran Bilik Darjah
                          (PBD), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian SEGAK dan Perekodan Hafazan.
                   11.2   Semua penyedia soalan diminta menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Semua
                          soalan  mesti  disemak  oleh  Ketua  Panitia  dan  disahkan  oleh  Ketua  Bidang/Guru
                          Kanan sebelum dicetak
                   11.3   Rekod Markah Peperiksaan dimasukkan ke dalam sistem SAPS berdasarkan tempoh
                          masa yang diberikan.
                   11.4   Post-mortem peperiksaan secara bertulis harus disediakan, analisis item disediakan
                          selepas ujian/peperiksaan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.

                12. PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN
                   12.1   Pengajaran dan Pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan dicerap tiga (3) kali
                          setahun dengan menggunakan SKPMg2.
                   12.2   Jawatankuasa mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun
                          tentang prestasi kerja kepada Pengetua bagi tujuan penambahbaikan.
                   12.3   Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua/wakil. Guru dinasihatkan berbincang dengan
                          pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai.
                   12.4   Buku latihan dipantau tiga (3) kali setahun bagi memastikan Dasar Latihan Minimum
                          dipatuhi dan dioptimumkan serta bagi memastikan penyemakan dilakukan secara
                          konstruktif.

                13. LATIHAN MINIMUM
                   13.1   Latihan  pelajar  adalah  penting  bagi  memastikan  pengukuhan  konsep  dan  proses
                          pengayaan  dalam  topik-topik  yang  diajar.  Latihan  minimum  yang  disasarkan
                          mestilah dilaksanakan oleh murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
                   13.2   Jumlah  buku  latihan  bagi  setiap  mata  pelajaran  dan  latihan  minimum  mata
                          pelajaran telah diputuskan diputuskan dalam mesyuarat panitia.
                   13.3   Latihan  murid  mestilah  menepati  aras  kesukaran  rendah,  sederhana  dan  tinggi
                          mengikut tahap kebolehan murid-murid.
                   13.4   Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid
                          dalam kelas yang diajar untuk semakan pihak ketua panitia yang dilantik.
                   13.5   Ketua panitia akan menyerahkan buku latihan murid yang telah disemak kepada
                          Pengetua/Penolong Kanan untuk pengesahan semakan.
                   13.6   Mekanisme  dan  proses  kerja  penyeliaan  buku  kerja,  buku  latihan  dan  hasil  kerja
                          pelajar  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  dan  satu  rekod  penyeliaan  mestilah  diurus
                          dengan baik.

                14. BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU LATIHAN, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
                   14.1.   Buku  teks  yang  dibekalkan  haruslah  dimaksimumkan  penggunaannya  oleh  setiap
                          pelajar  dan  guru-guru.  Maklumat  dan  pengetahuan  asas  dalam  topik-topik
                          hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
                   14.2.   Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas atau
                          pun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc di dalam bilik darjah.
                   14.3.   Pelajar  yang  gagal  membuat  latihan  merupakan  satu  perkara  yang  serius  dan
                          panitia/  guru  mestilah  menangani  perkara  ini  secara  berhemah  serta  mengambil
                          tindakan susulan.
                   14.4.   Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan
                          apa juga cara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia.

                15. PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
                    15.1   PSS  hanya  dibenarkan  penggunaannya  pada  waktu  PdPc  bagi  semua  mata
                           pelajaran khasnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
                    15.2   Guru-guru jadual kelas ganti digalakkan membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah
                           untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran sekiranya tidak bertembung dengan
                           Program NILAM.
                   15.3   Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa
                          Melayu dan guru-guru Bahasa Inggeris.





                                                                                                         | 60
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75