Page 71 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 71
AL-MURABBI |MANUAL PENGURUSAN 2021
15.4 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu secara bergilir-gilir.
15.5 Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan
diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan.
16. BILIK-BILIK KHAS PEMBELAJARAN
16.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
16.2 Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut: Bilik Mesyuarat, Bilik SAL, Pusat
Sumber, Stor-stor yang telah dikhaskan, Surau, Pusat Akses, Makmal Komputer, Bilik
SPBT, Bilik Peperiksaan, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bengkel Kemahiran Hidup,
Makmal Sains, Bilik Pengawas, Bilik Seni
16.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas
ini mestilah diwujudkan.
17. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
17.1 JK Kurikulum Sekolah perlulah menyokong sepenuhnya semua program peningkatan
akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan diri serta sahsiah
murid.
17.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat
sekolah.
17.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid
menajamkan kemahiran berfikir pelajar dan meningkatkan motivasi dan minat murid-
murid untuk terus belajar.
17.4 Program kecemerlangan akademik dilaksanakan sepanjang tahun dengan
bimbingan guru bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih
berfokus kepada pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga ’practice
make permanent ’.
17.5 Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan
keberkesanan dan kelancaran Program Kecemerlangan Akademik.
17.6 Jawatankuasa projek dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan
membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.
18. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY -PLC)
18.1 Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini melalui proses kolaborasi antara
guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan
dan pengajaran.
18.2 Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan
pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program
berfokus, mengerakkan sumber sedia ada dan berkongsi kepimpinan.
18.3 PLC adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau Kajian Tindakan.
18.4 Dalam strategi ini murid berperanan secara aktif dalam aktiviti PdPc sama ada
secara kumpulan ataupun individu dengan dipandu oleh guru melalui komunikasi
dua hala bagi mencapai objektif pembelajaran murid.
19. KAJIAN TINDAKAN
19.1 Semua Panitia mata pelajaran diwajibkan membuat satu kajian tindakan setiap
tahun. Setiap guru digalakkan untuk membuat kajian tindakan individu berdasarkan
keperluan tugas masing-masing.
19.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
20. PENYERTAAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK
20.1 Guru digalakkan menyertai semua pertandingan berbentuk akademik di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
| 61
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

