Page 160 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 160

Bola jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan dalam kalangan

               wanita. Permainan ini melibatkan kemahiran asas seperti menghantar dan menerima
               bola,  pergerakan,  mengelak,  menghadang  dan  menjaring.  Bola  jaring  ialah  sukan

               berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat. Permainan ini
               dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita.

               Bola jaring kini dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita.


               Kawasan atau zon gelanggang terbahagi kepada tiga dan kedudukan pemain adalah

               seperti rajah di bawah.

















                                     Rajah 52 : Gelanggang bola jarring dan posisi pemain




               Peraturan Dan Undang-Undang Bola Jaring

               Sukan bola jaring dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain

               dalam  sesuatu  pasukan.  Permainan  ini  menumpukan  kepada  jaringan  gol  untuk
               menentukan  kemenangan.  Penjaring  Gol  (GS)  dan  Penyerang  Gol  (GA)  sahaja

               dibenarkan menjaringkan gol dari dalam bulatan gol.




               Undang-undang asas permainan bola jaring seperti berikut:
                  Bil.     Perkara                                   Huraian

                  1.   Bilangan           Setiap  pasukan  terdiri  daripada  tujuh  pemain  dan  lima
                       pemain             pemain simpanan.


                                                           150
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165