Page 161 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 161

Bil.     Perkara                                   Huraian

                  2.   Tempoh             -  Terdapat  dua  bahagian  iaitu  selama  20  minit  setiap
                       permainan             separuh masa. Masa rehat lima minit.

                                          -  Pasukan akan bertukar kawasan gol pada akhir separuh

                                             masa.
                                          -  Tempoh  masa  permainan  boleh  juga  diubah  suai

                                             mengikut  peringkat  umur  dan  mengikut  kesesuaian
                                             pengelolaan pertandingan dijalankan.

                  3.   Pengadil           -  Permainan diadili oleh dua orang pengadil.
                                          -  Semasa pertandingan bola jaring yang melibatkan MBK

                                             kurang  upaya  pendengaran,  dua  orang  pengadil

                                             tambahan  yang  boleh  berbahasa  isyarat  diperlukan  di
                                             dalam  gelanggang  bertujuan  untuk  memberhentikan

                                             permainan bagi setiap kesalahan yang dibuat. Pengadil

                                             ini juga akan menggunakan bendera putih (43 cm x 33
                                             cm) bagi menggantikan wisel.

                  4.   Memulakan          -  Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
                       permainan          -  Hantaran  tengah  diambil  secara  bergilir-gilir  selepas

                                             setiap jaringan gol.
                  5.   Hantaran      ke  Hantaran ke dalam diberi kepada pasukan lawan apabila

                       dalam              bola keluar gelanggang.

                  6.   Gerak kaki         Pemain  tidak  dibenarkan  mengheret  atau  mengerakkan
                                          kaki mendarat.

                  7.   Lebih kawasan  Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu

                                          kawasan  tanpa  disentuh  atau  ditangkap  terlebih  dahulu
                                          oleh  mana-mana pemain yang dibenarkan.

                  8.   Off side           Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan
                                          jika  memasuki  mana-mana  kawasan  selain  daripada

                                          kawasan bermainnya.

                  9.   Halangan           Pemain  tidak  dibenarkan  menghalang  pihak  lawan  yang
                                          memegang bola kurang daripada 0.9 meter (tiga kaki).

                  10.  Sentuhan           Jarak  dikira  daripada  kaki  mendarat.  Pemain  tidak
                                          dibenarkan  sama  sekali  melakukan  sentuhan  dengan




                                                           151
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166