Page 205 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 205
Modul : Modul 6
Minggu 6 : Minggu 6
Aktiviti : Kemahiran Asas Pukulan
Objektif : Memberi pendedahan permainan jaring (net-play)
Bahan : Gelanggang, raket, bola, wisel, bulu tangkis, jaring dan
tiang.
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Jurubahasa diperlukan untuk membantu MBK kurang
upaya pendengaran.
Langkah 1 : Murid membuat aktiviti memanaskan badan dan
regangan sebelum bermain.
Langkah 2 : Guru perkenalkan permainan jaring (net-play):
i. Terangkan apa itu permainan jaring dan tujuannya
ii. Terangkan kedudukan kaki, badan dan raket.
iii. Terangkan cara membuat net-play.
iv. Terangkan kedudukan bulu tangkis selepas buat
pukulan.
v. Nyatakan keperluan bermain di jaring dan masa
yang sesuai.
Langkah 3 : Membuat aktiviti kemahiran permainan jaring.
Langkah 4 : i. Permainan kecil.
ii. Membuat aktiviti regang kendur sebelum bersurai.
Penutup : Menerangkan kepentingan dan kesesuaian permainan
jaring dengan teknik yang betul.
Syarat Perlaksanaan :
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi
Catatan :
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
195

