Page 212 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 212

Pengenalan
               Petanque  merupakan  sejenis  sukan  yang  dimainkan  di  tempat  yang  lapang

               menggunakan  boule  yang  diperbuat  daripada  logam  dan  dimainkan  mengikut
               peraturan-peraturan  tertentu.  Boule  akan  dibaling  mengikut  teknik  acundali  untuk

               menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu, saiznya  lebih besar daripada guli

               bagi membolehkan pemain mendapat  mata permainan. Objektif permainan petanque
               adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri

               terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua
               pasukan  bagi  menguasai  kedudukan  tersebut.  Mata  penamat  bagi  permainan

               petanque ini adalah 13 mata.


               Sejarah  petanque  moden  bermula  dari  negara  Perancis.  Sukan  petanque

               diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1987 melalui Kementerian Belia dan Sukan
               untuk  dijadikan  sebagai  satu  acara  sukan  bagi  orang-orang  kurang  upaya.  Di

               pertengahan  tahun  1989,  YM  Prof  Diraja  Ungku  Abdul  Aziz  selaku  yang  dipertua
               ANGKASA telah memperkenalkan sukan ini kepada koperasi-koperasi di Malaysia.

               Selepas  beberapa  bulan  diperkenalkan,  sukan  petanque  telah  dirasmikan  sebagai

               salah satu acara sukan untuk negara.


               Permainan  ini  sesuai  untuk  MBK  ketidakupayaan  pembelajaran,  ketidakupayaan
               pendengaran  dan  ketidakupayaan  fizikal  kerana  permainan  ini  tidak  memerlukan

               pergerakkan fizikal yang besar. Permainan petanque hanya memerlukan kemahiran
               balingan (tangan) dan tumpuan (mata) fokus kepada bulatan.















               Peraturan Permainan Petanque


                                                           202
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217