Page 257 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 257
Modul : Modul 10
Minggu : Minggu 10
Aktviti : Latihan Permainan
Objektif : Latihan permainan dalam bentuk pertandingan kecil
sesama ahli kelab.
Bahan : i. Peralatan permainanan
ii. Borang Perlawanan
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Wisel dan arahan pengadil
Langkah 1 : i. Membentuk beberapa pasukan kecil (tiga orang
satu pasukan).
ii. Melantik dua hingga enam orang pengadil
pertandingan (giliran mengadili pertandingan) –
dua orang pengadil bagi satu sesi pelawanan.
iii. Melantik pengadil meja:
- Pencatat 10 saat – dua orang
- Penjaga masa keseluruhan – seorang
- Pencatat ‘score’ – seorang
(giliran tugas boleh dibuat kepada semua
pegawai pertandingan untuk memberi
kemahiran kepada murid).
Langkah 2 : Guru menyediakan jadual perlawanan mengikut
bilangan pasukan yang dibentuk.
Langkah 3 : i. Menjalankan perlawanan mengikut jadual yang
telah disediakan (5:2:5)
ii. Masa boleh diubahsuai mengikut kesesuaian
masa
(masa sebenar permainan 12:3:12)
Langkah 4 : Guru memantau perkembangan aktiviti perlawanan
serta kepengadilan dari masa ke semasa.
Penutup : Guru membuat rumusan hasil aktiviti yang telah
dijalankan.
Syarat Pelaksanaan : i. Setiap pemain yang bermain dikehendaki
menutup mata menggunakan ‘eyes patch’ dan
‘blindfold’.
ii. Perlawanan dijalankan dalam suasana yang
senyap (tanpa gangguan bunyi bising).
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi
Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran
aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing
247

