Page 103 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 103

membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

               Sebagai contoh, jika anda ingin berlari panaskan badan dengan larian yang perlahan
               dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza

               dengan  regangan  badan,  yang  paling  berkesan  dilakukan  selepas  memanaskan
               badan. Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.




















                                               Rajah 17 : Teknik memanaskan badan



               Menyejukkan badan
               Aktiviti menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi fisiologi ke paras

               normal secara progresif. Proses menyejukkan badan melibatkan dua fasa utama iaitu

               regangan  dan  aktiviti  berintensiti  rendah.  Aktiviti  regangan  semasa  menyejukkan
               badan  dapat  mengurangkan  kelesuan  otot  dan  juga  meningkatkan  fleksibiliti  otot,

               tendon dan ligamen. Hal ini kerana, suhu dalaman masih tinggi sebaik sahaja selesai
               melakukan  aktiviti  fizikal.  Aktiviti  menyejukkan  badan  juga  membantu  percepatkan

               pengedaran darah ke jantung, serta mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh
               jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan selepas beraksi.











                                                           93
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108