Page 43 - Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB
P. 43
Asas Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan
betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau
sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa
berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat
beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih
dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada
arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa
latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih
kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan,
genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu
didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’
adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas
tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.

