Page 46 - Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB
P. 46

Langkah Ke Sebelah


             Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan,
             iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap


             berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah
             ke sebelah kanan,  Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan
             kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri
             dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
             Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap
             dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-
             kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
             supaya dalam kedudukan sedia.

             Paras

             Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik
             dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada
             jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis
             paras yang boleh diberikan iaitu:-


                   Paras ahli tinggi di tengah;

                   Paras ahli rendah ditengah;

                   Paras ahli tinggi di kiri; dan


                   Paras ahli rendah di kiri.



             Keluar Baris

             Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk
             melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap
             hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan
             kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.


             Bersurai

             Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau
             tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke
             kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan
             denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51