Page 44 - Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB
P. 44

Rehatkan Diri

            Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan

            diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan

            tubuh.






             Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

             Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan
             sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan,
             semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’
             keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki
             ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah
             di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke
             kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan
             supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
             dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada
             masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan
             belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
             yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
             hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila
             barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada
             dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’,
             jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke
             hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.







             Ke Kanan Pusing

             Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar
             hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
             sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah
             kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
             dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49