Page 45 - Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB
P. 45
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke
kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan
sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri
dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan
sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan
hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah
tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan
belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang
bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada
dalam keadaan sedia semula.

