Page 100 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 100

93






                           HR19 – GURU PROGRAM INTEGRASI
                     1.    Bertugas  sepenuh  masa  mengajar  dan  membimbing  Murid  Berkeperluan  Khas
                           (MBK).
                     2.    Melaksanakan pentaksiran dan penilaian murid PPKI.

                     3.    Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk murid PPKI.
                     4.    Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk murid PPKI seperti yang
                           telah ditetapkan oleh GPK Khas/Penyelaras PPKI.
                     5.    Bertanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah ketidakupayaan pendengaran.
                     6.    Penggunaan senarai semak kosa kata.
                     7.    Penyusunan  semula  Rancangan  Pelajaran  Tahunan  (RPT)  dengan  mengikut
                           keutamaan  kefungsian  dan  keutamaan  MBK  ketidakupayaan  pendengaran
                           berdasarkan Sukatan Mata Pelajaran sedia ada.
                     8.    Melaksanakan  tugas  yang  diarah  oleh  PGB/  pentadbir  dari  semasa  ke  semasa

                           berkaitan murid PPKI.

                           HR20 – GURU KOD BRAILLE
                     1.    Merancang dan melaksanakan program peningkatan dan penguasaan Kod Braille
                           mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
                     2.    Membantu  guru  mata  pelajaran  dalam  mengenal  pasti  murid  yang  memerlukan
                           pengajaran  intensif  bagi  memantapkan  kemahiran  Kod  Braille  sebagai  persiapan

                           menduduki peperiksaan.
                     3.    Mengadakan  mesyuarat  secara  berkala  dengan  pihak  sekolah  dan  pihak-pihak
                           tertentu berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan pelaporan program.
                     4.    Bertindak sebagai Jawatankuasa Program Memperkasa Kod Braille.
                     5.    Mengadakan  latihan  kemahiran  kod  Braille  sebagai  aktiviti  perkembangan  staf  di
                           peringkat  sekolah  dan  program  integrasi  di  zon  masing-masing  serta  menilai
                           penguasaan kemahiran bacaan dan penulisan guru dan murid.
                     6.    Memastikan guru dan murid menguasai serta menggunakan kemahiran dalam PdP
                           di peringkat sekolah khasnya dan di program penulisan guru dan murid.

                     7.    Merancang dan melaksanakan PdP dengan peruntukan masa seperti:
                           a.  Wajib mengajar lapan (8) hingga dua belas (12) waktu seminggu.
                           b.  Mengadakan  program  kepada  pelanggan  sekurang-kurangnya  dua  (2)  kali
                               sebulan.
                           c.  Mengadakan  dua  (2)  program  utama  dan  tiga  (3)  program  berkala  setahun
                               mengikut zon masing-masing.
                     8.    Guru Kod Braille diwajibkan menyedia Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi

                           setiap  sesi  PdP  yang  dilaksanakan  serta  menyediakan  Rancangan  Pendidikan
                           Individu (RPI) berdasarkan kepada isu utama bagi setiap murid yang diajar.
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105