Page 134 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 134

127






                           d.  memastikan bahan sisa/bahan kimia/peralatan di kumpul/disimpan sementara di
                               stor bahan sisa/stor pelupusan.
                           e.  menghubungi kontraktor bertauliah mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia
                               bagi mendapatkan sebut harga pelupusan.

                           f.  mengurus pelupusan bahan sisa/bahan kimia secara berjadual dan mematuhi
                               peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
                           g.  mengurus  pelupusan  peralatan  mengikut  Tatacara  Pengurusan  Aset  Alih
                               Kerajaan  (TPA),  Tatacara  Pengurusan  Stor  Kerajaan  (TPS)  atau  arahan  dan
                               pekeliling yang berkuat kuasa.
                     3.    Melaporkan  kepada  ketua  jabatan/pegawai  aset  sekiranya  terdapat  kehilangan
                           aset/peralatan makmal sains.
                     4.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.




                                           HR37 | Pembantu Kemahiran
                                    (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas)

                     RUJUKAN
                 i.   Penghuraian Tugas Pembantu Kemahiran di Kementerian Pendidikan Malaysia.


               Bertanggungjawab dalam tugas-tugas  sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang,
               membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan
               mekanikal,  pepasangan  elektrik,  sistem  elektrik,  sistem  perpaipan  dan  kumbahan  supaya
               sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

               (A)  ASPEK AWAM
                     (A1) BATU/SIMEN
                           1.  Memeriksa, melapor, menyelenggara dan melaksanakan pembaikan kerosakan
                               cat, dinding atau lepa dinding bangunan dan mengilap lantai.


                     (A2) KAYU
                           1.  Membuat  pertukangan  kayu  seperti  membuat  pelan  lakar  atau  reka  bentuk
                               perabot mengikut pelan yang telah disediakan.
                           2.  Memeriksa,  melapor,  menyelenggara,  melaksanakan,  mengawasi  dan
                               menyiasat kerja-kerja pemasangan pertukangan kayu, tanggam, kunci, tingkap,
                               pintu, cermin, genting dan penyelenggaraan bumbung bocor.
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139