Page 131 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 131

124






                               longkang, pemotongan rumput, menyiram, membaja dan memangkas pokok-
                               pokok bunga di sekitar kawasan sekolah.
                     6.    Memastikan  peralatan/ruang  kerja  yang  berada  di  bawah  pengawasan  sentiasa
                           dalam keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat beroperasi dengan baiknya untuk

                           digunakan pada bila-bila masa.
                     7.    Menjalankan pemeriksaan harian/berkala ke atas peralatan/ruang kerja yang berada
                           di bawah pengawasan.
                     8.    Menerima dan merekodkan aduan kerosakan daripada pelanggan.
                     9.    Membantu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih kerosakan
                           kecil
                           a.    Membantu  menjalankan  kerja-kerja  penyelenggaraan  membaik  pulih
                                 kerosakan  kecil  pada  alatan  dan  perabot  yang  rosak  seperti  kerusi,  paip,
                                 lampu,  kipas  dan  lain-lain  yang  tidak  merbahaya  dan  tidak  memerlukan

                                 kepakaran.
                           b.    Membantu dalam penyelenggaraan asrama
                     10.  Membantu  kerja-kerja  sokongan  teknikal  berkaitan  elektrik  dan  elektronik,
                           penanaman pokok, penyemaian benih, akuakultur dan lain-lain yang berkaitan:
                           a.   Membantu membuat set dan membantu menyediakan props yang ditempah
                                oleh penerbit untuk sesuatu rancangan
                           b.   Membantu penyelenggaraan

                     11.  Tugasan hands-on  lain terutamanya yang dijalankan di luar kawasan pejabat.

               (B)  MENJALANKAN  TUGAS  LAIN  YANG  DIARAHKAN  OLEH  KETUA  JABATAN  DARI
                     MASA KE MASA (SEKIRANYA ADA KEPERLUAN)
                     1.    Membantu urusan surat menyurat seperti menerima dan merekodkan surat/faks.
                     2.    Membantu mengedarkan dokumen dan surat-surat ke semua unit/sektor.
                     3.    Berperanan sebagai penyambut tetamu, memberi layanan yang sewajarnya kepada
                           orang-orang awam yang ada urusan dengan jabatan.
                     4.    Membantu dalam pengurusan penempatan dan pengesahan murid Tahun 1.

                     5.    Membantu merekodkan berita-berita yang dikeluarkan dari laman web ke dalam buku
                           dan mengeluarkan fail-fail yang berkenaan untuk tindakan.
                     6.    Membantu  mencetak,  menyusun,  menjilid  dan  mengokot  surat/dokumen/bahan
                           seperti soalan-soalan peperiksaan/kertas latihan di dalam kelas/minit mesyuarat dan
                           dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan urusan sekolah.
                     7.    Membantu  mencetak  lembaran  kerja  murid/kertas  soalan  ujian/peperiksaan  dan
                           menyerahkan soalan yang sudah siap dicetak kepada guru.

                     8.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136