Page 132 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 132

125







                    HR36 | Pembantu Makmal (SR Model Khas Komprehensif K9)

                            RUJUKAN
                       i    Surat KPM. 500-1/3/3(3): Penghuraian Tugas Pembantu Makmal (Sekolah, Kolej Matrikulasi dan
                            Institut Pendidikan Kampus di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia).
                       ii   Standard Kompetensi Pembantu Makmal KPM
                       iii   Profil Kompetensi Pembantu Makmal Gred C19, C22
                      iv    Profil Kompetensi Pembantu Makmal Gred C26

               (A)  PENGURUSAN MAKMAL SAINS
                     1.    Melaksanakan  tugas  mengikut  peraturan  keselamatan  makmal  sains  yang
                           ditetapkan.
                     2.    Mengenal pasti peralatan dan keperluan makmal sains yang diperlukan.
                     3.    Mengurus keperluan bahan bantu mengajar di makmal sains.

                     4.    Menyedia dan memaparkan peraturan dan panduan keselamatan makmal sains.
                     5.    Memastikan makmal sains sentiasa berkeadaan bersih, teratur dan ceria.
                     6.    Menyelia  dan  memastikan  kerja-kerja  pembersihan  yang  tidak  melibatkan  bahan/
                           radas  seperti  membersihkan  tingkap/sawang/lampu/lantai  yang  dilaksanakan  oleh
                           syarikat pembersihan.

               (B)  PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN BAHAN DAN RADAS PERALATAN SAINS
                     1.    Mengklasifikasikan bahan dan radas/peralatan di makmal sains dengan betul dan
                           menepati piawaian yang telah ditetapkan dalam sukatan setiap mata pelajaran

                     2.    Menerima    dan    menyimpan     bahan/spesimen/sampel      mengikut    peraturan
                           pengendalian bahan kimia dan radas.
                     3.    Menyediakan  keperluan  amali  sepertimana  permohonan  guru  melalui  borang
                           pesanan amali tiga (3) hari bekerja sebelum amali dijalankan.
                     4.    Memastikan  keperluan  amali  yang  disediakan  mencukupi,  berfungsi  dan  selamat
                           digunakan.
                     5.    Menjalankan uji lari (test run) amali bersama-sama guru sebelum proses pengajaran

                           dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan.
                     6.    Mematuhi  segala  langkah  keselamatan  semasa  mengendalikan  bahan  kimia  dan
                           peralatan sains.
                     7.    Mengambil  tindakan  yang  sewajarnya  jika  berlaku  sebarang  kecemasan  seperti
                           kebakaran dan kecederaan.

               (C)  PENYENGGARAAN PERALATAN SAINS
                     1.    Menguji dan memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat digunakan.
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137