Page 17 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 17

16





                                                          BAB 1


                              : MAKLUMAT UMUM PENGURUSAN SEKOLAH

                                                     RENDAH KPM






               1.1  JENIS DAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH KPM


                      RUJUKAN
                         i.   Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]

                         ii.  Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Ke Empat, Cetakan Pertama 2017.

                      Seksyen 16, Akta Pendidikan 1996  [Akta 550] menyatakan terdapat  tiga (3) kategori
                      institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu:

                        A.   Institusi Pendidikan Kerajaan
                             Institusi  pendidikan  yang  ditubuhkan  dan  diselenggarakan  sepenuhnya  oleh
                             Menteri Pendidikan di bawah Bahagian IV dalam Akta Pendidikan 1996.


                        B.   Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan
                             Institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan
                             penuh.

                        C.   Institusi Pendidikan Swasta
                             Institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau
                             bantuan kerajaan.


                       Pendidikan Rendah adalah untuk murid-murid yang berumur 6+ hingga 12+ tahun yang
                      telah  mencapai  umur  6+  tahun  pada  hari  pertama  bulan  Januari  dalam  tahun
                      persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun
                      itu,  dan  terus  menjadi  murid  di  sekolah  rendah  sepanjang  tempoh  pendidikan  wajib
                      termasuk  kanak-kanak  bukan  warganegara.  Pendidikan  Rendah  ini  menggunakan
                      bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama serta wajib melaksanaan kegiatan
                      kokurikulum di sekolah bermula pada tahun 3 hingga tahun 6.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22