Page 18 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 18

17






                      Program pendidikan bagi murid berkeperluan khas pula adalah yang sesuai dan relevan
                      dengan kebolehan masing-masing agar murid tersebut dapat berdikari; dan memastikan
                      murid  berkeperluan  khas  yang  berpotensi  diberi  peluang  untuk  ditempatkan  secara
                      inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.
                      Murid berkeperluan pendidikan khas boleh dilanjutkan kepada satu tempoh seperti yang
                      berikut:
                             a)  tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah; atau

                             b)  tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah; atau
                             c)  satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah menengah.

                      Sekolah-sekolah rendah KPM yang menawarkan sepenuhnya pendidikan rendah adalah
                      seperti berikut:


                        A.   Sekolah Kebangsaan (SK)
                             Sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan:
                             a)  yang  menyediakan  pendidikan  rendah  yang  sesuai  bagi  murid  dan  umur
                                  enam tahun;
                             b)  yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;
                             c)  yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan
                             d)  di mana kemudahan bagi pengajaran –
                                  •   bahasa  Cina  atau  Tamil  hendaklah  diadakan  jika  ibu  bapa  sekurang-
                                      kurangnya 15  orang murid di sekolah itu memintanya; dan

                                  •   bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah
                                      dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya 15
                                      orang murid di sekolah itu memintanya.

                        B.   Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)
                             Sekolah rendah kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
                             pengantar semasa penubuhan asal sekolah berkenaan (Mula tukar ke Bahasa

                             Melayu: Semenanjung – 1972, Sarawak – 1979). Status SRK ditukar kepada SK
                             pada tahun 1999 untuk menyeragamkan identiti sekolah rendah seluruh Malaysia.

                        C.   Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
                             Sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan:
                             a)  yang  menyediakan  pendidikan  rendah  yang  sesuai  bagi  murid  dan  umur
                                  enam tahun;
                             b)  yang  menggunakan  Bahasa  Cina  dan  Tamil  sebagai  bahasa  pengantar
                                  utama; dan
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23