Page 19 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 19

18






                             c)  yang  menjadikan  bahasa  kebangsaan  dan  bahasa  Inggeris  sebagai  mata
                                  pelajaran wajib.

                        D.   Sekolah Khas – Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
                             Sekolah  yang  menyediakan  perkhidmatan  pendidikan  khas  yang  ditetapkan
                             melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41, Akta Pendidikan

                             1996 [Akta 550];
                             Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas:
                             (a)   Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-
                                   peraturan menetapkan –
                                   •   tempoh  pendidikan  rendah  dan  menengah  yang  sesuai  dengan
                                       keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
                                   •   kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan

                                       khas;
                                   •   kategori  murid  yang  memerlukan  pendidikan  khas  dan  rendah  yang
                                       sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
                                   •   apa-apa  perkara  lain  yang  difikirkan  oleh  Menteri  suaimanfaat  atau
                                       perlu bagi maksud bab ini.
                             (b)   Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh
                                   kurang  daripada  tempoh  minimum  pendidikan  rendah  atau  menengah,
                                   mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah akta
                                   ini.

                             (c)   Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi
                                   kehendak Kurikulum setakat yang semunasabahnya praktik.

                        E.   Sekolah Kebangsaan (Asli)
                             Sekolah yang pada asalnya diwujudkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan
                             sekarang pentadbirannya berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


                        F.   Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah (SABKR)
                             Sekolah Rendah Agama Rakyat atau Negeri yang telah diserap ke dalam aliran
                             perdana  dan  melaksanakan  dwikurikulum  iaitu  kurikulum  kebangsaan  dan
                             kurikulum  Pihak  Berkuasa  Agama  Negeri.  Pemilik  tanah  dan  bangunan
                             dikekalkan.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24