Page 20 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 20

19






                      Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah rendah yang menggabungkan sebahagian atau
                      sepenuhnya Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah seperti berikut:

                        A.   Sekolah Model Khas (SR + SM)
                             Sekolah Model Khas ialah penggabungan pendidikan rendah dan menengah di
                             bawah satu bumbung di peringkat Tahap II, (Tahun 4, 5 dan 6), dan dari Tingkatan

                             1  hingga  5  di  bawah  pentadbiran  Pengetua  sekolah  menengah  yang  dapat
                             meningkatkan  akses,  ekuiti  dan  kualiti  pendidikan  kepada  murid  miskin  yang
                             berpotensi khususnya di kawasan luar bandar.

                        B.   Sekolah Model Khas Komprehensif K9
                             Sekolah  Kebangsaan  (Asli)  yang  menggabungkan  pendidikan  rendah  dan
                             menengah  di  bawah  satu  bumbung  dari  Tahun  1  hingga  6  dan  peringkat

                             menengah rendah dari Tingkatan 1 hingga 3 di bawah pentadbiran Guru Besar
                             sekolah  rendah  bertujuan  menangani  isu  keciciran  murid  sewaktu  transisi  dari
                             Tahun  6  ke  Tingkatan  1  serta memastikan  kemudahan  Sekolah  Kurang  Murid
                             (SKM)  digunakan  secara  optimum  selain  dapat  menjimatkan  kos  perbelanjaan
                             membina sebuah sekolah menengah yang baharu.

                        C.   Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
                             SBJK menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak jalanan yang
                             merupakan salah satu daripada kumpulan kanak-kanak terpinggir di negara ini

                             agar  mereka  dapat  berdikari  dan  tidak  menjadi  bebanan  kepada  masyarakat
                             setempat serta negara pada masa hadapan.
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25