Page 180 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 180

173







               (A)  ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) PERJAWATAN
                     Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Belanja Mengurus (P) Perjawatan Tahunan Bagi
                     Sekolah-Sekolah Di Bawah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia. (e-Operasi)

                     1.    Membuat unjuran keperluan perjawatan guru berdasarkan bilangan murid, kelas dan

                           aliran untuk sesi persekolahan tahun hadapan berdasarkan data 1 Oktober tahun
                           semasa.
                     2.    Mengurus  permohonan  buka/tutup  kelas/aliran  pada  sesi  persekolahan  tahun
                           hadapan kepada pendaftar sekolah sebelum bulan Mac tahun semasa.
                     3.    Melakukan  semakan  unjuran  keperluan  perjawatan  dan  kelas  selewat-lewatnya
                           bulan Mac tahun semasa untuk sesi persekolahan  tahun hadapan.
                     4.    Mengurus permohonan pengisian perjawatan jika ada kekosongan di sekolah.


               (B)   PENILAIAN PRESTASI
                     RUJUKAN
                      i     Surat  Siaran  KPM  Bil  12  tahun  2018:  Garis  Panduan  Perlaksanaan  Mata  Kredit  Pembangunan
                            Profesionalisme Berterusan (MyPPB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
                      ii.   Surat Pekeliling Perkhidmatan bilangan 4 Tahun 2009: Garis Panduan Cuti Belajar Separuh Gaji
                            dan Cuti Belajar Tanpa Gaji.
                      iii.   Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota
                            Perkhidmatan Awam Persekutuan.
                      iv.   Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi
                            Pegawai Perkhidmatan Awam.
                      v.    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8/2011: Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan
                            Awam Di Bawah Saraan Baru Di Bawah Perkhidmatan Awam (SBPA).
                      vi.   SS KSU KPM bertarikh 27 Mac 2015: Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
                            Pendidikan (PBPPP), KPM, Di Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia.
                      vii.   Manual  Penilaian  Bersepadu  Pegawai  Perkhidmatan  Pendidikan,  Bahagian  Pembangunan  dan
                            Penilaian Kompetensi KPM, 2016.
                      viii.   Surat  Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  14  Tahun  2011:  Sistem  Penilaian    Prestasi  Pegawai
                            Perkhidmatan Awam Di Bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

                     (B1)  PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
                           1.   Menubuhkan Jawatankuasa PBPPP Organisasi tahun berkenaan.
                           2.   Memastikan maklumat PPP di setiap organisasi dikemas kini dan lengkap.
                           3.   Mengenal pasti PPP yang layak dinilai mengikut syarat Pegawai Yang Dinilai
                                (PYD).

                           4.   Mengenal pasti Pegawai Penilai (PP) mengikut syarat penetapan PP.
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185