Page 201 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 201

194






                     4.      Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh PGB dari semasa ke
                           semasa.

               (C)   PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

                     1.    Menyatukan pihak ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.
                     2.    Menerapkan  empat  elemen  sarana  ibu  bapa  iaitu  menyediakan  suasana
                           pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak,  komunikasi dengan anak dan
                           sokongan terhadap kecemerlangan anak.
                     3.    Menerapkan  enam  (6)  elemen  sarana  sekolah  iaitu  iklim  sekolah,  komunikasi
                           berkesan,sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, kerjasama
                           dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

               (D)    KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)

                     Biro  KSIB  ialah  Jawatankuasa  Kerja  dalam  PIBG  yang  berperanan  sebagai  saluran
                     kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah,
                     alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan pelibatan KSIB dalam
                     membantu sistem pembelajaran di dalam dan di luar sekolah berpandukan Perlembagaan
                     PIBG yang sedia ada.

                     (D1)  SUKARELAWAN KSIB

                           1.   Membantu  mengenal  pasti  agensi-agensi/  pihak  swasta  yang  berminat
                                membantu  pelaksanaan  aktiviti  KSIB  dan  aktiviti  murid  mengikut  keperluan
                                sekolah.
                           2.   Membantu  mewujudkan  jaringan  dan  rangkaian  sosial  antara  ahli  PIBG,
                                masyarakat setempat, agensi berkaitan dan sektor swasta bagi mendapatkan
                                sokongan dalam pelaksanaan aktiviti KSIB dan aktiviti sekolah.
                           3.   Membantu  melaksanakan  aktiviti  KSIB  seperti  yang  dirancang  dengan
                                komitmen yang baiknya.


                     (D2)  RAKAN KSIB
                           1.   Menawarkan  diri  untuk  sama-sama  membantu  KSIB  melaksanakan  aktiviti
                                yang telah dirancang.
                           2.   Membantu  usaha-usaha  menambahkan  sumber  dana  kewangan  atau  idea
                                dalam menjalankan aktiviti sekolah yang telah dirancang.
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206