Page 198 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 198

191







                               JR09 | JK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

                           RUJUKAN
                      i.    Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998.
                      ii.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
                            (PIBG) di Sekolah.
                     iii.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4/2004 : Perlembagaan Persatuan  Ibu Bapa dan  Guru.
                     iv.    Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2018 : Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa Dan
                            Komuniti Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas (SdK).
                      v.    Garis Panduan Penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) di sekolah.

               (A)  BIDANG TUGAS
                     1.    Membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat dan kecemerlangan dalam
                           bidang:
                           a.   Akademik
                           b.   Kokurikulum
                           c.   Disiplin murid

                           d.   Sahsiah murid
                           e.   Keceriaan dan keselamatan  sekolah
                     2.    Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan peranan PIBG dalam meningkatkan
                           kecemerlangan sekolah kepada ibu bapa/penjaga dan guru-guru.
                     3.    Membantu memupuk kemesraan dan mewujudkan saluran komunikasi dan sosial di
                           antara pihak sekolah dan masyarakat setempat.
                     4.    Merancang dan melaksanakan aktiviti yang memupuk kemesraan antara warga
                           sekolah, ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat.


               (B)  SENARAI TUGAS AJK PIBG

                           PENASIHAT/EX-OFFICIO (PGB)
                     1.    Menghadiri  mesyuarat  Jawatankuasa  PIBG,  Mesyuarat  Agung  Tahunan  dan
                           Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi
                     2.    Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
                           bagi  mengawal  dan  menasihati  Persatuan  supaya  segala  aktiviti,  kegiatan  dan

                           keputusan  yang  dibuat  dalam  mesyuarat-mesyuarat  Persatuan  tidak  bercanggah
                           dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai
                           pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah.
                     3.    Berhak  untuk  memberhentikan  dan  menangguhkan  mesyuarat  Persatuan  jika
                           difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan.
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203