Page 206 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 206

199






                     (C2)  GURU KELAS
                           1.   Memahami konsep dan tujuan Program Transisi.
                           2.   Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika.
                           3.   Melukis pelan bilik darjah.

                           4.   Menyediakan sudut ruang mata pelajaran.
                           5.   Menjaga  dan memantau  keceriaan  dan  kebersihan  kelas  berdasarkan  garis
                                panduan yang diberikan.
                           6.   Prihatin  dan  sentiasa  menjaga  kebajikan  murid  semasa  di  sekolah  dan
                                bertanggungjawab kepada ibu bapa dan penjaga murid.
                           7.   Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah.
                           8.   Mengumpul  maklumat  untuk  tujuan  perekodan  daripada  ibu  bapa/penjaga
                                murid.
                           9.   Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid.

                           10.  Membahagikan  murid  kepada  kumpulan  mengikut  kecerdasan  dan  tahap
                                kemampuan murid selepas minggu transisi.
                           11.  Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin
                                dan peraturan dalam bilik darjah secara berterusan.
                           12.  Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.

                     (C2)  GURU PENYELARAS TAHUN SATU

                           1.   Merangka  dan  menyelaraskan  aktiviti  untuk  tiga  (3)  minggu  (sepanjang
                                Program Transisi dijalankan).
                           2.   Merancang  aktiviti  untuk  hari  pendaftaran,  majlis  suai  kenal  tahun  satu dan
                                majlis penutupan minggu transisi.
                           3.   Mencari  sumber  kewangan  untuk  melaksanakan  aktiviti  yang  hendak
                                dirancang.
                           4.   Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
                           5.   Mengemaskinikan fail perlaksanaan program transisi secara berterusan.
                           6.   Membantu  menyediakan  dan  mengedar  bahan  edaran  kepada  ibu  bapa

                                penjaga.
                           7.   Membantu memantau sepanjang pelaksanaan program.
                           8.   Bertindak sebagai pakar rujuk.

                     (C3)  SETIAUSAHA AJK KERJA
                           1.   Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
                           2.   Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis

                                suai kenal murid tahun satu dan majlis penutup minggu transisi.
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211