Page 197 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 197

190






               6.    Memindahkan  semua  warga  institusi  ke  tempat  yang  lebih  selamat  apabila  bencana
                     dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa
                     Bencana di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.
               7.    Mengurus penempatan murid-murid yang tempat kediaman mereka dilanda  bencana agar

                     dapat ditumpangkan murid untuk belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat
                     sehingga bencana reda/terkawal.
               8.    Mengaturkan kerja gotong royong guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat
                     dan jabatan-jabatan berkaitan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara.
               9.    Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-lain
                     yang  diperlukan  oleh  pihak  sekolah  kepada  PPD/JPN.  Pesanan  perlu  dibuat  dengan
                     segera.
               10.  Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan,
                     buku  teks,  peralatan  sekolah,  pakaian  dan  keperluan  sekolah  yang  lain  dan  perlu

                     dimaklumkan ke PPD/JPN untuk mendapat bantuan tersebut.
               11.  Mewujudkan bilik gerakan dan kemudahan mengumpul dan memperoleh maklumat.
               12.  Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah.
               13.  Mengurus rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat selamat.
               14.  Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
               15.  Mengambil  langkah  pencegahan  dan  melaporkan  kes  penyakit  berjangkit  dengan
                     mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan (semasa dan selepas bencana).

               16.  Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam Negara
                     dan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa.
               17.  Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan
                     awam.
               18.  Mengurus keperluan PdPR dari rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
                     bersesuaian.
               19.  Mengemaskinikan rekod kerosakan fizikal dan harta benda akibat bencana dalam sistem
                     EMIS online dan melaporkan kepada PPD.
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202