Page 222 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 222

215






               10.  Merancang,  menyusun  dan  melaksanakan  program-program  dan  aktiviti-aktiviti  untuk
                     meningkatkan tahap pencapaian sekolah di bidang pengurusan kokurikulum, keceriaan,
                     kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K).
               11.  Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan

                     Sekolah Rendah dan PKSR.
               12.  Melaksanakan  tugas  PPS  di  bawah  komponen  terlibat  untuk  mengurus  pelaporan
                     SKPMg2.

                     Subkomponen Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah seperti yang berikut:

               (A)  PENGURUSAN KELAS
                     1.    Pengurusan  bilik  darjah  merujuk  kepada  semua  tindakan  guru  semasa
                           mengendalikan  kelas  supaya  dapat  mewujudkan  persekitaran  kondusif  untuk

                           menggalakkan pembelajaran yang berkesan.
                     2.    Peranan  guru  sebagai  pengurus  bilik  darjah  adalah  berasaskan  elemen-elemen
                           pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal.
                     3.    Meningkatkan  pelibatan murid  dalam  PdP, mengurangkan masalah  displin,  dapat
                           mengoptimumkan masa proses PdP dengan mengambil berat tentang:

                           a.   Iklim dan persekitaran bilik darjah
                           b.   Komunikasi
                           c.   Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

                           d.   Pengurusan Disiplin Murid

               (B)  PEMBANGUNAN MODAL INSAN
                     1.    Jawatankuasa  membincangkan  peranan  dan  aktiviti  yang  penting  dalam
                           membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,
                           keperibadian mulia, berpengetahuan dan kemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
                           negara maju.

                     2.    Aktiviti yang ingin dihasilkan juga mesti membentuk modal insan yang mampu berfikir
                           secara  kritis  dan  kreatif,  berkemahiran  menyelesaikan  masalah,  berkeupayaan
                           mencipta peluang baru dan mempunyai ketahanan.
                     3.    Jawatankuasa  perlu  merancang,  melaksanakan  dan  menilai  Program  Sahsiah
                           Unggul  Murid  (SUMUR)  yang  merangkumi  Modul  Berbudi  Bahasa,  Modul
                           Mutadayyin,  Modul  Penampilan  Diri  dan  Modul  Jati  Diri  untuk  membentuk  modal
                           insan holistik dan berkeperibadian unggul.
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227