Page 219 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 219

212






                           7.   Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan perkhidmatan TV
                                Pendidikan dan Radio Pendidikan.
                           8.   Merancang  dan  menjalankan  progam-program  yang  bersesuaian  untuk
                                meningkatkan penggunaan APD secara berkesan.

                           9.   Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yang
                                telah dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod.
                           10.  Menyediakan  senarai  semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                           11.  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.

                     (B5)  GURU KHIDMAT KOMPUTER/GURU ICT
                           1.   Menentukan  dasar  pentadbiran,  pembelian  dan  pengurusan  komputer

                                termasuk keperluan-keperluan semasanya.
                           2.   Mempunyai  catatan  (Buku  Stok)  semua  perbekalan  alatan  atau  perkakasan
                                serta perisian (software) seperti komputer, kertas, dakwat dan lain-lain.
                           3.   Bertanggungjawab untuk melatih pelanggan etika penggunaan komputer dan
                                kerahsiaan data serta membudayakan penggunaan komputer melalui program
                                literasi komputer yang bersesuaian.
                           4.   Menggalakkan  penggunaan  komputer  untuk  tugas-tugas  pengajaran  dan

                                pembelajaran.
                           5.   Berusaha mengelas dan mengkatalog media storan yang dimiliki.
                           6.   Merancang aktiviti unit komputer.
                           7.   Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod
                                penggunaan dan lain-lain.
                           8.   Melaporkan sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baik pulih
                                atau penggantian dengan kadar segera.
                           9.   Menyediakan  senarai  semak  yang  bersesuaian    untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

                           10.  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224