Page 217 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 217

210






                           14.  Membantu  mengurus  semua  program  media  PSS  yang  berkaitan  dengan
                                perkhidmatan perpustakaan.
                           15.   Membantu  murid-murid  untuk  memilih  buku-buku  dan  bahan  yang
                                bersesuaian untuk bacaan dan rujukan.

                           16.   Mengadakan  sesi  tunjuk  ajar  kepada  murid-murid  tentang  cara-cara
                                memaksimumkan penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik.
                           17.  Menyediakan  Senarai  Semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.
                           18.  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.

                     (B2)  GURU NILAM
                           1.   Membantu  GPM  merancang  dan  melaksanakan  aktiviti  program  NILAM

                                peringkat sekolah.
                           2.   Menyimpan segala rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
                           3.   Menyelaraskan perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
                           4.   Mempamer data dan maklumat di Sudut NILAM yang wujud di sekolah.
                           5.   Mengumpulkan  maklumat  kertas  kerja,  laporan  dan  bahan  serta
                                menyerahkannya kepada pihak pentadbir.
                           6.   Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan

                                kepada Penyelaras Program dan salinan kepada pengerusi.
                           7.   Menyemak dan mengesahan rekod bacaan NILAM.
                           8.   Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.

                     (B3)  GURU BAHAN BANTU MENGAJAR
                           1.   Mencatatkan  semua  bekalan  alat  perkakasan  (hardware)  dan  bahan-bahan
                                perisian  (software)  yang  dibeli  atau  diterima  ke dalam  buku  stok  alat  bantu
                                mengajar.

                           2.   Mengelaskan  dan  mengkatalogkan  semua  bahan  perisian  yang  dibeli  atau
                                diterima.
                           3.   Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke
                                semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.
                           4.   Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan
                                praktikal  serta  untuk  menggalakkan  penggunaan  media  pengajaran
                                pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan murid-murid.
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222