Page 218 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 218

211






                           5.   Menasihati  dan  membimbing  guru-guru  serta  murid-murid  tentang  kaedah
                                memilih  jenis-jenis  media  yang  bersesuaian,  praktikal  dan  berkesan  untuk
                                pengajaran dan pembelajaran.
                           6.   Mewujudkan  budaya  pinjaman  dan  penggunaan  alat  dan  bahan  bantu

                                mengajar yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran
                                guru-guru.
                           7.   Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke
                                semasa untuk makluman guru dan murid.
                           8.   Melaporkan  sebarang  kerosakan  alat-alat  perkakasan  atau  perisian  kepada
                                Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian
                                dan pembaikan.
                           9.   Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam
                                keadaan baik untuk digunakan.

                           10.  Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan
                                oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai
                                pendidikan yang memerlukannya.
                           11.  Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan
                                para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu.
                           12.  Menyediakan  Senarai  Semak  yang  bersesuaian  untuk  memastikan  semua
                                tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

                           13.  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang
                                diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.

                     (B4)  GURU PENGENDALI ALAT PANDANG DENGAR/UNIT TEKNOLOGI
                           1.   Menggalakkan  pembudayaan  penggunaan  media  teknologi  pendidikan
                                terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota
                                yang bersesuaian untuk digunakan.
                           2.   Membina  koleksi  pita-pita  video  dan  audio  atau  sumber-sumber  teknologi
                                pendidikan  yang  bersesuaian  untuk  kegunaan  guru  dan  murid-murid  dalam

                                pengajaran dan pembelajaran.
                           3.   Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD.
                           4.   Menyediakan  jadual  penggunaan,  statistik  ataupun  mempamerkan  bahan-
                                bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang
                                disediakan.
                           5.   Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke
                                semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.

                           6.   Melaporkan  sebarang  kerosakan  alatan  supaya  segera  dibaik  pulih  dengan
                                secepat mungkin.
   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223