Page 243 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 243

236






                     3.    Membantu  Penyelia  Asrama  mengurus  perkara-perkara  yang  berkaitan
                           penyelenggaraan.
                     4.    Membantu Penyelia Asrama membuat pemeriksaan bahan mentah kering dan bahan
                           mentah basah pada setiap hari.

                     5.    Membantu  Penyelia  Asrama  menjaga  dan  membersihkan  peralatan  asrama.
                           Mengambil dan membuka surat-surat masuk dari pejabat sekolah.
                     6.    Mengepos surat atau dispatch surat ke PPD, JPN dan lain-lain agensi. Mencetak
                           dokumen atau borang-borang untuk kegunaan asrama.
                     7.    Membantu  dan  melibatkan  diri  dalam  setiap  aktiviti  yang  dijalankan  oleh  pihak
                           asrama.
                     8.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.


               (H)  TUGAS PEMANDU
                     Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyenggaraan kenderaan dan memastikan
                     pegawai sampai ke tempat mesyuarat atau tempat bertugas:
                     1.    Mengurus,  membawa  dan  menghantar  murid  asrama  atau  pegawai  tertentu  atas
                           tugas rasmi yang diarahkan.
                     2.    Merekod setiap perjalanan kenderaan sebaik sahaja bermula dan tamat urusan serta
                           memastikan pegawai yang dibawa menandatangani buku log kenderaan.

                     3.    Mengurus  dan  sentiasa  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan  kenderaan
                           termasuk  kunci,  kebersihan/kelengkapan  dan  keceriaan  kenderaan  dari  masa  ke
                           semasa supaya dapat berfungsi dengan sempurnanya.
                     4.    Mengurus  penyelenggaraan/pembaikan/pengisian  minyak  dan  lain-lain  berkaitan
                           kenderaan secara berkala di agensi yang ditetapkan.
                     5.    Membuat  laporan/makluman  kepada  PT(P/O)  sekiranya  berlaku  kehilangan  kunci
                           kenderaan      dan      membuat       laporan     polis     sekiranya     berlaku
                           kehilangan/kemalangan/pencerobohan kepada kenderaan.
                     6.    Menyemak  tugas-tugas  yang  telah  dijadualkan  oleh  PT(P/O)  dengan  membuat

                           catatan tarikh, masa, lokasi serta maklumat penumpang.
                     7.    Membantu  urusan  menyediakan  pengangkutan  dan  mengendali  kenderaan
                           membawa murid ke klinik pada waktu persekolahan atas arahan pentadbiran/guru
                           bertugas/warden.
                     8.    Memastikan  keperluan  perbelanjaan  diambil  dan  direkodkan  pengambilannya
                           daripada PT(P/O) setiap kali memulakan perjalanan.
                     9.    Mengutamakan aspek keselamatan penumpang sepanjang perjalanan ke lokasi dan

                           memberikan penumpuan yang penuh semasa mengendalikan kenderaan.
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248