Page 6 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 6

5








                                                             KATA ALU-ALUAN
                                                   KETUA SETIAUSAHA KPM



                  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

                  Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
                  kurnia-Nya, MySG sekolah-sekolah KPM ini berjaya dihasilkan.


                  KPM menyambut baik hasrat Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
                  Malaysia  (MAMPU)  memperkenalkan  myPortfolio  sebagai  radas  pengurusan  sumber
                  manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
                  Melalui  myPortfolio,  Deskripsi  Tugas  diperkenalkan  bagi  memperjelaskan  tujuan
                  pewujudan jawatan dalam sesuatu jawatan dan organisasi.

                  Bagi  memperjelaskan  bidang  tugas  Pegawai  Perkhidmatan  Pendidikan  (PPP)  dan
                  Anggota  Kumpulan  Pelaksana  (AKP)  di  sekolah  pula,  KPM  mengambil  inisiatif

                  menerbitkan  MySG  sekolah-sekolah  KPM  dalam  mendukung  hasrat  kerajaan  bagi
                  memastikan  pengurusan  di  sekolah  sentiasa  relevan  dan  efektif  dengan  keperluan
                  semasa. Penerbitan MySG ini diharap dapat dijadikan sebagai rujukan rasmi berkaitan
                  prosedur proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur. Inisiatif ini bertujuan untuk
                  mengurangkan kekaburan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan
                  prestasi penyampaian pendidikan.


                  Akhir kata, semoga panduan dan maklumat yang disediakan dalam  garis panduan ini
                  dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak.

                  Sekian, terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11