Page 8 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 8

7







                                                              KATA ALU-ALUAN
                                                SETIAUSAHA BAHAGIAN BPSM

                  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

                  Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka MySG

                  Sekolah Rendah KPM dapat diterbitkan. MySG ialah Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah
                  yang disediakan untuk mengatasi isu kekaburan peranan PPP dan AKP di sekolah. Melalui
                  MySG, PPP dan AKP dapat mengetahui:

                   i.   Komponen  dan  subkomponen  Pengurusan  Sekolah  iaitu  pengurusan  dan
                        pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum;
                   ii.   Pelaksana  Pengurusan  Sekolah  dijajarkan  kepada  Portfolio  Berjawatan,  Portfolio

                        Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa;
                  iii.   Perincian tugas dan tanggungjawab Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan
                        dan Jawatankuasa di sekolah;
                  iv.   Penetapan Pelaksana Pengurusan Sekolah terdiri daripada PPP sahaja atau AKP
                        sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif;
                  v.    Punca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah; dan
                  vi.   Bahagian-bahagian  KPM  yang  menjadi  peneraju  dan  bertanggungjawab  terhadap
                        dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah.


                  Diharapkan  MySG  dapat  dijadikan  rujukan  rasmi  semua  pihak  berkaitan  pengurusan
                  sekolah. Di samping itu dapat membantu meningkatkan kefahaman PPP dan AKP terhadap
                  tugas dan peranan masing-masing di sekolah. Hal ini dapat mengurangkan isu pertikaian
                  dan  pertindihan  kerja  antara  PPP  dan  AKP.  Setinggi-tinggi  penghargaan  dan  tahniah
                  diucapkan  kepada  Pasukan  Penerbitan  MySG  yang  terdiri  daripada  kalangan  Pegawai
                  KPM,  PPP  dan  AKP.  Saya  juga  amat  menghargai  sumbangan  dan  kerjasama  yang
                  diberikan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB)

                  Selangor  dalam  proses  menghasilkan  MySG.  Terima  kasih  kepada  semua  pihak  yang
                  terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha murni ini.




                  ROSPIAGOS BIN TAHA
                  Setiausaha Bahagian
                  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13