Page 9 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 9

8





               RINGKASAN EKSEKUTIF




               Penyediaan senarai tugas guru adalah salah satu inisiatif jangka panjang yang terkandung dalam
               tindak susul Kajian Inisiatif #97 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025:
               Menangani Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah-sekolah KPM.

               Dapatan Kajian Inisiatif #97 PPPM 2013-2025: Menangani Tugas dan Tanggungjawab Guru di
               Sekolah-sekolah KPM yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
               (BPSM) dengan kerjasama Bahagian-bahagian KPM pada tahun 2016 mendapati isu kekaburan
               peranan  di  kalangan  guru  sebanyak  36.9  peratus  merupakan  hubungan  yang  paling  tinggi
               mempengaruhi  tahap  kepuasan  bekerja  guru  di  sekolah.  Selain  daripada  itu,  dokumen

               pengurusan yang diguna pakai di sekolah juga tidak seragam di antara negeri, daerah dan juga
               di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain walaupun berada dalam daerah yang sama.

               Susulan daripada itu, BPSM dengan kerjasama Bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pendidikan
               Negeri  (JPN),  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD),  Gabungan  Majlis  Guru  Besar  Malaysia
               (GMGBM), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
               Kebangsaan  (KPPK)  telah  bersama-sama  menyediakan  garis  panduan  pengurusan  sekolah

               Malaysia yang dikenali sebagai Malaysian School Governance (MySG).

               MySG merupakan satu garis panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik
               bertujuan  untuk  mengatasi  isu  kekaburan  peranan  guru  dan  Anggota  Kumpulan  Pelaksana
               (AKP) di sekolah serta menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti
               dari Bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.

               Pengurusan  Tertinggi  KPM  melalui  Mesyuarat  Profesional  KPM  Bil.11/2021  dan  Mesyuarat
               Pengurusan TOP 7 KPM Bil.9/2021 telah bersetuju MySG dijadikan rujukan rasmi pengurusan

               sekolah-sekolah KPM.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14