Page 7 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 7

6









                                                            KATA ALU-ALUAN
                   TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

                  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

                  KPM  sentiasa  komited  dalam  memajukan  sistem  pendidikan  negara.  Guru  dan  AKP
                  merupakan tonggak penting dalam menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh

                  itu, KPM berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah bersesuaian dengan
                  keperluan  pendidikan  hari  ini.    Pada  tahun  2016,  KPM  telah  menjalankan  Kajian
                  Menangani  Isu  Tugas  dan  Tanggungjawab  Guru  di  Sekolah-sekolah  KPM.  Kajian
                  mendapati kekaburan peranan merupakan elemen paling berpengaruh (36.9%) terhadap
                  tahap tekanan kerja dan kepuasan bekerja dalam kalangan warga pendidik.

                  Rentetan daripada itu, MySG diterbitkan dengan menghimpunkan pelbagai punca kuasa

                  merangkumi pelbagai peringkat perjawatan. MySG bertujuan untuk dijadikan rujukan dan
                  panduan rasmi kepada PPP dan AKP di semua peringkat sekolah bagi membantu mereka
                  memahami  dan  melaksanakan  tugas-tugas  serta  tanggungjawab  yang  diamanahkan
                  secara sistematik. Pengetahuan yang jelas dan terkini mengenai tugas dan tanggungjawab
                  jika diterjemahkan melalui tindakan akan menghasilkan perkhidmatan pendidikan berkualiti
                  seterusnya memperkasa sekolah masing-masing. Sebagai pengurus sekolah, MySG amat
                  berguna dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.

                  Akhir kata, saya percaya MySG dapat membantu menyeragamkan tatacara pengurusan

                  dan  pentadbiran  sekolah  di  seluruh  negara.  Perkara  ini  penting  kerana  penyelarasan
                  mampu  menjimatkan  masa,  kos  dan  sumber  tenaga  manusia  demi  kecemerlangan
                  pendidikan.





                  (DATO’ HAJI ADZMAN BIN TALIB)
                  Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
                  (Sektor Operasi Sekolah)
                  merangkap Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru
                  Kementerian Pendidikan Malaysia
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12