Page 76 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 76

69






                  vii.   Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2009 : Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti
                        Aktiviti/Program Rawatan di luar Waktu Persekolahan.
                 viii.   Surat  Pekeliling  Ikhtisas  KPM  Bilangan  5  Tahun  2018  bertarikh  7  Jun  2018  :  Garis  Panduan
                        Perwakilan Kuasa daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru kepada Pendaftar bagi
                        Kelulusan Permohonan oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru dan Institusi
                        Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.


                              TUGAS UTAMA (UMUM)             sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran
                                                             (HR02)


                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)             adalah seperti berikut:


               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Menyedia  dan  melaksanakan  perancangan  strategik  sekolah  dan  pengurusan
                           takwim sekolah berkaitan kokurikulum.
                     2.    Merancang,  mengurus  dan  melaksanakan  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan

                           Kokurikulum Sekolah.
                     3.    Mengurus,    menyelaraskan      kutipan   serta    menganalisis    data/maklumat
                           dan perangkaan berkaitan pengurusan kokurikulum.
                     4.    Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan
                           berkaitan pengurusan kokurikulum.
                     5.    Merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan  dengan  pihak
                           luar.
                     6.    Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
                     7.    Merancang  dan  melaksanakan  latihan/kursus  kemahiran  berkaitan  bidang

                           kokurikulum untuk guru dan murid.
                     8.    Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik
                           khas berkaitan pengurusan kokurikulum.
                     9.    Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan HEM.
                     10.  Mengurus hal-hal berkaitan protokol dan etiket sosial.
                     11.  Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB, GPK Pentadbiran dan GPK
                           HEM.

                     12.  Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama
                           (rujuk Ahli Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JR20)
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81