Page 74 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 74

67












                             TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:

               (A)  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                     1.    Menyedia  dan  melaksanakan  perancangan  strategik  sekolah  dan  pengurusan
                           takwim sekolah berkaitan hal ehwal murid.
                     2.    Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat JK Pengurusan HEM.
                     3.    Mengurus,    menyelaraskan      kutipan   serta    menganalisis    data/maklumat
                           dan perangkaan berkaitan pengurusan hal ehwal murid.
                     4.    Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan
                           berkaitan pengurusan hal ehwal murid.
                     5.    Merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan  dengan  pihak
                           luar.

                     6.    Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang hal ehwal
                           murid untuk guru dan murid.
                     7.    Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik
                           khas berkaitan pengurusan hal ehwal murid.
                     8.    Membantu  merancang  dan  menyelia  program  pengurusan  kurikulum  dan
                           kokurikulum.
                     9.    Memantau  dan  mengesahkan  kualiti  pengurusan  kantin  sekolah  dalam  Borang

                           Laporan Kendiri Kantin Sekolah.
                     10.  Mengurus dan menyelaraskan Mesyuarat JK Pengurusan Bencana Sekolah (JR08),
                           JK Pengurusan HEM (JR16) dan JK Pengurusan 3K (JR18).
                     11.  Mengawal  selia  prestasi  perkhidmatan  kontraktor  kebersihan  dan  keselamatan
                           sekolah.
                     12.  Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK Pentadbiran.
                     13.  Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama
                           (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JR20)


               (B)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Mengurus  dan  menyelaraskan  tugas-tugas  berkaitan  pengurusan  kelas  dan
                           kehadiran murid, pendaftaran, penempatan, pertukaran, orentasi murid baharu dan
                           penamatan persekolahan murid.
                     2.    Memastikan  undang-undang  dan  peraturan-peraturan  sekolah  dikuatkuasakan,
                           mengambil  tindakan  yang  sesuai  terhadap  kes-kes  yang  melanggar  peraturan
                           sekolah serta memastikan rekod disiplin dikemaskini.

                     3.    Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Lembaga Pengawas Sekolah.
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79