Page 78 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 78

71






                     3.    Membantu  mengurus,  menyelaraskan  kutipan  serta  menganalisis  data/maklumat
                           dan perangkaan.
                     4.    Membantu merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan
                           belanjawan.

                     5.    Membantu,  merancang  dan  melaksanakan  program  lawatan  dan  perhubungan
                           dengan pihak luar.
                     6.    Membantu PGB     dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah sesi
                           petang.
                     7.    Membantu merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan
                           murid sesi petang.
                     8.    Membantu  mengurus  dan  mengawal  selia  penyelenggaraan  fizikal  dan
                           pengoperasian bilik-bilik khas.
                     9.    Membantu GPK yang lain mengawal selia pengoperasian bidang pengurusan tugas

                           khusus masing-masing berkaitan guru dan murid sesi petang.
                     10.  Membantu merancang dan menyelia program-program pengurusan kurikulum, HEM
                           dan kokurikulum.
                     11.  Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK yang lain.

               (B)  PENGURUSAN KURIKULUM
                     1.    Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan PdP sesi petang.

                     2.    Membantu merancang dan melaksanakan program panitia bagi meningkatkan tahap
                           profesionalisme guru dan pencapaian murid sesi petang.
                     3.    Membantu merancang dan menyelaraskan jadual waktu PdP bagi kelas dan guru
                           sesi petang supaya PdP dilaksanakan dengan terancangnya dan berkesannya.
                     4.    Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan pencerapan dan tindakan
                           susulan bagi peningkatan kualiti guru sesi petang.
                     5.    Membantu merancang dan mengesahkan semakan hasil kerja murid sesi petang.
                     6.    Membantu merancang dan mengelola pengurusan pusat sumber sekolah.
                     7.    Melaksanakan PdP mengikut pekeliling berkuatkuasa.


               (C)  PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
                     1.    Membantu merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program disiplin murid sesi
                           petang.
                     2.    Membantu  merancang  dan  memantau  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling
                           murid sesi petang.
                     3.    Membantu  merancang  dan  menyelaraskan  pelaksanaan  program  kesihatan,

                           kebajikan dan keceriaan sekolah.
                     4.    Membantu merancang dan menyelaraskan pengurusan buku teks.
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83