Page 81 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 81

74






                     10.  Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk PPD, Unit Pendidikan Khas
                           JPN dan agensi berkaitan.
                     11.  Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada akhir tahun disediakan dan dihantar
                           ke PPD dan Unit Pendidikan Khas JPN.

                     12.  Memastikan  data  dan  permohonan  berkaitan  PPKI  dilaksanakan  seperti  Sistem
                           Orang Kurang Upaya (SisOKU), APDM/EMIS/SPS, Tahun 1 dan Tingkatan 1, SMPK,
                           SMM, PBS PPKI dan lain-lain.
                     13.  Bertanggungjawab kepada bidang tugas PPM.
                     14.  Mencalonkan  nama  guru-guru  pendidikan  khas  yang  belum  mengikuti  kursus
                           pendedahan PPKI kepada Unit Pendidikan Khas JPN untuk dihantar berkursus.

               (B)  PENGURUSAN KEWANGAN
                     1.    Membuat  Anggaran  Belanja  Mengurus  (ABM)  bersama-sama  dengan  pihak

                           pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
                     2.    Bertanggungjawab mengurus kewangan PPKI.
                     3.    Memastikan  semua  guru  pendidikan  khas  menerima  elaun  Bayaran  Insentif
                           Mengajar Kanak-kanak Cacat (BIMKC).
                     4.    Memastikan  tuntutan  pelarasan  peruntukan  PCG  PPKI  dibuat  apabila  terdapat
                           pertambahan bilangan murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa).
                     5.    Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklum serta

                           memastikan tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segeranya.
                     6.    Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur yang sedang berkuat
                           kuasa.
                     7.    Memastikan guru kelas PPKI mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan
                           persekolahan dan menerima buku resit daripada PGB sebelum membuat kutipan.

               (C)  PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                     1.    Mengadakan  mesyuarat  dengan  guru-guru  pendidikan  khas  untuk  menyediakan
                           jadual waktu sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula.

                     2.    Memastikan guru pendidikan khas mengajar sepenuhnya di PPKI.
                     3.    Memastikan  guru  pendidikan  khas  memberi  keutamaan  dalam  pelaksanaan  PdP
                           serta aktiviti berkaitan PPKI.
                     4.    Memastikan pengurusan jadual waktu guru pendidikan khas disahkan oleh PGB.
                     5.    Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah.
                     6.    Menyelaraskan dan memantau perancangan dan pelaksanaan RPI oleh setiap orang
                           guru bagi setiap MBK.

                     7.    Memastikan  pencerapan  PdP  guru  di  kelas  PPKI  dilaksanakan  dari  semasa  ke
                           semasa.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86