Page 23 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 23
5.12(Nor Khairulnisa binti Ishak)
Mohon pihak sekolah ambil maklum tentang jalan masuk tepi sekolah yang tidak sempurna untuk
menghantar anak-anak dan mohon baik pulih keadaan di sana dan juga membenarkan ibubapa
masuk ke kawasan sekolah dengan kenderaan untuk menghantar anak-anak.
Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)
PKP menyatakan bahawa ibubapa dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dengan kenderaan pada
hari hujan sahaja, tetapi kebiasaannya apabila dibenarkan masuk ibubapa akan parking kenderaan
merata-rata dan menyukarkan laluan kenderaan lain termasuk bas sekolah.
YDP pula menyatakan akan memohon peruntukan kepada pihak ATM untuk menurap laluan ke
sekolah, jika permohonan diluluskan penurapan laluan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada
tahun hadapan.
5.13(Razali bin Abdullah)
Kurangkan mata pelajaran dalam 1 hari, bertujuan untuk meringankan beban beg sekolah anak-
anak.
Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)
PKP menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak dapat mengurangkan waktu subjek sesuka hati kerana
perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
YDP pula menyatakan bahawa guru-guru telah mengajar mengikut jadual yang telah dirancang awal
dan tidak boleh mengikut masa sesuka hati.
5.14( Mohd Noor )
Mencadangkan usul berkenaan laluan masuk dihadapan pagar sekolah ( usul 12 ) iaitu beliau
mencadangkan agar pihak sekolah meletakkan petak kuning atau kon di hadapan pintu pagar
23
23

