Page 24 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 24

sebagai tanda ibubapa tidak boleh parking di situ kerana ia akan menghalang laluan keluar masuk

                       ibubapa.

                       Jawapan(YDP PIBG)


                       YDP menyatakan akan cuba mendapatkan peruntukan untuk membeli cat berwarna kuning bagi
                       menanda kawasan-kawasan terlibat atau memastikan pihak sekolah meletakkan kon di tempat yang

                       boleh  menganggu  laluan  keluar  masuk  kenderaan.  Sungguhpun  begitu  YDP  menyatakan  sikap
                       ibubapa itu sendiri perlu berubah supaya tidak mementingkan diri sendiri dengan parking kereta

                       sesuka hati.




                       5.15( Noraini)


                       Berkenaan tandas di sebelah dewan agar diperbaiki kerana air tidak keluar ke arah lubang yang
                       disediakan sebaliknya melimpah ke bawah pintu masuk, hal ini menyebabkan tandas menjadi tidak

                       bersih dan tidak sesuai digunakan.


                       Beliau juga menyentuh berkenaan isu tarian yang pada pandangan beliau tidak sesuai ditarikan oleh
                       murid perempuan, beliau mencadangkan memilih murid lelaki untuk menjaga aurat.


                        Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)

                       PKP menyatakan bahawa akan cuba membaiki keadaan tandas dalam masa terdekat, kerana dewan

                       dan tandas telah lama dibina iaitu pada tahun 1978 lagi.

                       Manakala  bagi  isu  tarian  ,  PKP  menyatakan  sejujurnya  ia  adalah  kehendak  murid  sendiri  yang

                       berminat dengan aktiviti tarian. Pihak sekolah seusaha mungkin cuba menjaga aurat, penampilan

                       dan tingkah laku mereka. Sungguhpun begitu PKP akan berbincang dengan PK HEM berkenaan isu
                       ini.


                       Menurut YDP pula, berkenaan isu tarian iaitu tujuan asal adalah untuk membina keyakinan murid
                       terbabit  berhadapan  dengan  khalayak.  Sungguhpun  begitu  beliau  menyarankan  agar  konsep

                       persembahan akan datang boleh disesuaikan dengan persekitaran dan penerimaan ibubapa.












                                                                                                           24
                                                                                                                   24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29