Page 25 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 25
5.17( Zaleha binti Yaakob)
Mencadangkan agar pihak sekolah dapat terus menghubungi ibubapa jika anak mereka bermasalah
disekolah. Beliau juga menyatakan ketidakpuasan berkenaan perancangan sukan dan pemilihan
murid yang kebanyakkannya melibatkan tahun 6 sahaja.
Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)
PKP menyatakan pemilihan murid berdasarkan aktiviti sukan tertentu bergantung kepada penampilan
fizikal dan daya tahan murid disamping kebolehan mereka didalam acara sukan terbabit. Peluang
lebih diberikan kepada murid tahun 6 yang layak supaya mereka mendapat pengiktirafan sijil yang
dapat membantu mereka ketika pemilihan kemasukkan ke sekolah kawalan. Sungguhpun begitu
murid tahun 4 dan 5 turut diberi peluang yang sama jika mereka dilihat memiliki fizikal yang sesuai.
PK HEM menyatakan pihak sekolah memberi masa dan peluang kepada murid-murid bermasalah
sebelum memasukkan data kesalahan mereka ke dalam SSDM. Sekiranya peluang yang diberi tidak
dihargai barulah data SSDM akan direkodkan . Ibubapa yang ada masalah berkenaan disiplin murid
boleh menghubungi PK HEM.
5.18(Pn. Zainab)
Menyatakan tidak setuju dengan persembahan tarian dan menyarankan agar memilih yang lebih
Islamik. Beliau juga meminta supaya pihak sekolah menyediakan dua laluan untuk hantar dan ambil
anak supaya tidak bertembung.
Jawapan(Hishan bin Abdullah, PKP)
PKP menyatakan murid-murid Islam berminat dan mungkin terikut dengan pesembahan tarian yang
sering dipersembahkan oleh sahabat-sahabat mereka yang bukan beragama Islam. PKP berjanji
akan memastikan persembahan murid Islam dalam bentuk yang lain pada masa akan datang.
Berkenaan laluan keluar masuk ketika menghantar dan mengambil anak ke sekolah atau ketika
pulang, pihak sekolah akan berbincang dgn YDP.
25
25

