Page 25 - 06062021 - Sains D6: Unit 8 (Pengawetan Makanan)
P. 25

8.5: Kepentingan Teknologi


                                                                               Pengawetan  Makanan




                  1. Makanan  yang  telah  ditinkan  boleh  mengatasi  masalah  bekalan

                       makanan  semasa  kecemasan.  Contohnya,  semasa  banjir  melanda

                       sesebuah kawasan.


                  2. Sesetengah  makanan  yang  dihasilkan  oleh  sesebuah  negara  boleh

                       dinikmati di negara lain.


                  3. Teknologi pengawetan makanan memudahkan makanan disimpan dan

                       mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.


                  4. Buah-buahan bermusim boleh dinikmati sepanjang tahun.



                  5. Makanan  yang  diawet  dapat  disimpan  lebih  lama  dan  boleh
                       memenuhi keperluan bekalan makanan sepanjang tahun.



                  6. Tentera  yang  berada  dalam  pertempuran  lebih  mudah  membawa
                       makanan  yang  diawet.



                  7. Pengawetan  membantu  menghalang  pembaziran  makanan.
   20   21   22   23   24   25   26