Page 124 - Sains Tingkatan 1
P. 124
a
n ke
l
m
a
k
b
i
e
P Ba
e
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
Bab 4: Pembiakan
ge
na
n
b 4: P
p
n S
a
a
ta
ifi
k
in
t
as
n
a P
a
ad
y
i
e
n
Wanita hamil juga tidak harus merokok, mengambil alkohol dan dadah. Kesan
pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah bagi wanita hamil diterangkan di
dalam Jadual 4.4.
Jadual 4.4 Kesan yang mungkin berlaku akibat pengambilan rokok,
minuman beralkohol dan dadah terhadap wanita hamil
Bahan Kesan
Ciri-ciri bayi yang
Rokok • Bayi yang dilahirkan berkemungkinan bersaiz kecil mengalami masalah
• Risiko kematian bayi semasa kelahiran Sindrom Alkohol Fetus:
berkemungkinan tinggi • dilahirkan dengan berat
• Bayi yang dilahirkan berkemungkinan terencat badan yang kecil
akal dan cacat fizikal • ukuran kepala
bersaiz kecil
• Bayi berkemungkinan dilahirkan pramatang • terencat akal
• Keguguran fetus mungkin berlaku • rupa paras yang cacat
Minuman • Bayi berkemungkinan menghidap Sindrom
beralkohol Alkohol Fetus
• Fetus berkemungkinan terencat
• Fungsi otak, sistem saraf dan jantung Mengapakah menjalani
berkemungkinan musnah ujian X-ray tidak baik untuk
wanita mengandung?
Dadah • Fetus berkemungkinan cacat
Kepentingan Susu Ibu
Bayi yang baharu dilahirkan tidak mempunyai gigi
dan tidak dapat memakan makanan pejal.
Bayi hanya bergantung pada susu sebagai
sumber nutrien mereka. Susu ibu merupakan
makanan terbaik untuk bayi yang baharu lahir
kerana susu ibu lebih berkhasiat berbanding
dengan susu formula.
• Susu ibu mengandungi segala keperluan
makanan bayi.
• Susu ibu mempunyai antibodi yang dapat
melindungi bayi daripada sesetengah penyakit.
• Hubungan bayi dan ibu menjadi erat dan
penting untuk emosi bayi.
• Penghadaman bayi lebih baik dengan
meminum susu ibu berbanding dengan Gambar foto 4.6 Susu ibu penting kepada
susu formula. perkembangan bayi
Bab 4 113

